• Aspek Agama Penting Sebagai Benteng Kekuatan Diri Anak-anak - Fatimah

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menasihati para ibu bapa agar menerapkan ilmu agama sebagai benteng kekuatan diri pada anak-anak mereka.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Fatimah berkata aspek agama amat penting untuk membendung anak-anak daripada terjebak dalam gejala negatif dan isu sosial.

    "Ibu bapa dan masyarakat tidak boleh mengabaikan aspek keagamaan dalam diri anak khususnya dan generasi masa depan amnya.

    "Hal berkaitan keagamaan penting untuk dijadikan benteng kekuatan diri anak-anak ketika membesar dan mempunyai pengaruh besar ke atas keseluruhan hidupnya kelak," katanya

    Fatimah menambah trend remaja hamil tanpa berkahwin, jenayah harta benda dan penyalahgunaan dadah semakin berleluasa justeru usaha mencegah harus dilakukan di peringkat rumah dan masyarakat itu sendiri.

    “Dengan menanam ilmu keagamaan, ini akan menjadi satu usaha membendung gejala sosial seperti itu daripada berterusan,” jelasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Aspek Agama Penting Sebagai Benteng Kekuatan Diri Anak-anak - Fatimah "