• AS ugut henti dana kepada PA

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+


    WASHINGTON: Ahli perundangan Amerika Syarikat (AS), semalam mengundi untuk menggantung bantuan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) jika ia tidak menghentikan bayaran kepada keluarga pejuang Palestin yang terkorban ketika melakukan serangan.

    Dewan Perwakilan meluluskan perundangan itu dengan undian sebulat suara.

    Rang berkenaan perlu diluluskan Senat AS dan ditandatangani Presiden Donald Trump untuk dijadikan undang-undang.

    Namun keadaan itu menunjukkan kemarahan dalam Kongres berhubung tindakan PA berterusan membuat bayaran kepada keluarga pejuang dan kepada pejuang sendiri ketika mereka berada dalam penjara.

    Kerajaan Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menggesa bayaran itu ditamatkan, yang berjumlah jutaan dolar setahun.

    Ahli perundangan Republikan dan Demokrat memberi amaran bayaran itu menggalakkan keganasan dan bertindak sebagai duri dalam proses damai Asia Barat.

    "PA perlu dipaksa memilih antara amalan memberi bayaran kepada pejuang atau menerima bantuan asing dibiaya pembayar cukai AS," kata Speaker Paul Ryan dalam kenyataan selepas undian itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " AS ugut henti dana kepada PA "