• AS pantau negara terbabit sesi tergempar PBB

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+

    NEW YORK: Duta Amerika Syarikat (AS), Nikki Haley memberi amaran kepada negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lain, akan melaporkan nama yang menyokong draf resolusi menolak keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kepada Presiden Donald Trump.

    Perhimpunan Agung PBB akan mengadakan sesi tergempar Khamis ini untuk mendapatkan undian selepas Presiden AS menggunakan kuasa veto beliau pada persidangan Majlis Keselamatan itu.

    "Presiden akan memantau undian ini dengan teliti dan meminta saya melaporkan negara yang mengundi menentang kami. Kami akan mengambil perhatian terhadap setiap undian mengenai isu ini," katanya di dalam surat kepada beberapa duta PBB.

    Sesi tergempar membabitkan 193 negara anggota itu diminta oleh Turki dan Yaman sebagai mewakili negara Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " AS pantau negara terbabit sesi tergempar PBB "