• AS, Korea Selatan Dan Jepun Mula Latihan Tentera Bersama

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    SEOUL: Tentera Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun sudah memulakan latihan bersama mengesan peluru berpandu dari Korea Utara, kata tentera Korea Selatan.

    Latihan bersama tiga negara itu bermula dua minggu selepas Pyongyang melancarkan ujian baharu peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

    Korea Utara turut mengisytiharkan ia sudah mencapai taraf negara nuklear mencetuskan kebimbangan dunia terhadap pembangunan senjatanya.

    Kementerian luar Seoul berkata, latihan dua hari yang keenam sejak Jun tahun lalu, bermula di perairan Semenanjung Korea dan Jepun.

    "Ketika latihan, kapal perang Aegis daripada setiap negara akan mensimulasikan, mengesan dan menjejaki peluru berpandu balistik yang dilancarkan Korea Utara dan berkongsi maklumat," kata kenyataan itu.

    Dua kapal AS mengambil bahagian dan satu kapal masing-masing daripada dua negara Asia terbabit.

    Korea Selatan dan Jepun mempunyai pakatan keamanan dengan AS walaupun hubungan kedua-duanya tidak harmoni disebabkan pertikaian disebabkan sejarah dan pertikaian wilayah. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " AS, Korea Selatan Dan Jepun Mula Latihan Tentera Bersama "