• AS Bantu Russia Gagalkan Serangan

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    MOSCOW: Amerika Syarikat menyalurkan maklumat risikan kepada Russia yang membantu menggagalkan serangan bom di St Petersburg, kata beberapa pegawai kedua-dua negara semalam, dalam kerjasama jarang berlaku, walaupun hubungan kedua-dua negara tegang ketika ini.

    Presiden Russia, Vladimir Putin menghubungi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam untuk mengucapkan terima kasih di atas maklumat itu, dengan Kremlin menyifatkan ia membantu menggagalkan serangan bom penggganas terhadap sebuah gereja besar di bandar Russia terbabit dan beberapa tempat lain.

    Rumah Putih tidak mendedahkan perincian mengenai rancangan serangan itu, namun katanya, serangan terbabit mungkin akan mengakibatkan ramai korban. Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak menyatakan identiti penyerang.

    Amaran Amerika Syarikat membolehkan agensi penguat kuasa Russia menahan beberapa suspek sebelum dapat melaksanakan rancangan mereka, kata Rumah Putih dan Kremlin. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " AS Bantu Russia Gagalkan Serangan "