• APMM rampas gincu

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang rampas gincu yang cuba diseludup dan tahan enam kru bot tukar barang di kedudukan 1.2 batu nautika selatan Pulau Jerejak, malam tadi.

    Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan Harun berkata, gincu itu dipercayai cuba diseludup ke Indonesia.

    “Hasil pemeriksaan, kami menemui 20 guni mengandungi 1,200 kotak gincu pelbagai jenama.

    “Bot terbabit cuba membawa keluar barang kosmetik yang tidak diisytihar mengikut Akta Kastam 1967 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya hari ini.

    Menurut beliau, semua kru warga Indonesia berserta bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan lanjut.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " APMM rampas gincu "