• Apa Yang Jadi Hak Sarawak, Tetap Akan Jadi Hak Sarawak, kata Najib

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+
    Rakyat Sarawak patut bersyukur kerana isu berkaitan MA63 begitu diambil perhatian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa memberi peluang kepada Sarawak untuk membincangkan.

    Sudah acapkali Najib menyatakan yang beliau akan mempertahankan hak Sarawak dan menyatakan apa yang menjadi hak Sarawak akan tetap akan jadi hak Sarawak.

    Kenyataan Perdana Menteri itu juga turut dipetik Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya baru-baru ini.

    Ianya adalah buktinya Najib mendengar kehendak Sarawak dan sentiasa berlapang dada untuk menyelesaikan setiap usul yang melibatkan negeri ini. Setakat ini 13 perkara sudah dikembalikan melalui perbincangan fasa pertama.

    Menurut Abang Jo pula, beliau berterima kasih kepada Najib yang sentiasa membuka peluang untuk Sarawak dan memperjuangkan maruah Sarawak. Beliau tidak akan berhenti selagi apa yang dinamakan hak tidak dikembalikan sepenuhnya.

    Tambah Abangg Jo, beliau tidak akan gentar dan peduli apa pihak lain kata dan perbincangan mengenai MA63 akan diteruskan walaupun berbagai rintangan melanda waima beliau hilang jawatan sekalipun.

    Terbukti Najib dan Abang Jo berusaha keras membincangkan berbagai perkara terutama mengenai hak seperti yang termaktub dalam MA63. Yang terkini Najib mengembali Empangan Bakun kepada Sarawak seperti mana kata Najib sendiri, apa yang menjadi milik Sarawak akan di kembali kepada Sarawak. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Apa Yang Jadi Hak Sarawak, Tetap Akan Jadi Hak Sarawak, kata Najib "