• Anyi Ngau Pemimpin Setiap Rakyat Di Baram

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    Anyi Ngau bukan sahaja pemimpin di Lepo' Aga', kaum Kenyah tetapi pemimpin utama Orang Ulu dan semua rakyat di kawasan Baram, kata Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Gerawat Gala.

    "Kita harus menyokong beliau sebagai pemimpin dan wakil rakyat. 

    "Saya sendiri pun sentiasa menyokong dan terus bekerjasama dengan beliau dan amalan ini secocok budaya kaum kita," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata, sokongan merupakan tanda hormat kepada pemimpin yang mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada rakyat.

    Tambahnya, sokongan dan hormat bukan sahaja kepada pemimpin politik dan kerajaan tetapi juga kepada ketua masyarakat serta ketua sidang di gereja.

    "Masyarakat bersatu padu di bawah kepimpinan yang mantap akan dihormati dan disegani walaupun jumlah kita lebih kecil berbabding dengan masyarakat lain," ujarnya.
  • No Comment to " Anyi Ngau Pemimpin Setiap Rakyat Di Baram "