MARUDI: Penyandang kerusi parlimen Marudi, Anyi Ngau merupakan calon paling sesuai untuk mempertahankan kerusi Baram pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.
"Hubungan beliau dengan rakyat pelbagai etnik Orang Ulu di Baram, selain kaum Iban. Cina dan Melayu semakin baik malah prestasi dalam perhidmatannya juga memberangsangkan," kata Ketua Penerangan Pemuda Parti Dekokratik Progresif (PDP) Sarawak, Jaya Ramba, dipetik Utusan Borneo
Menurutnya, Rakyat di Baram terutama etnik Kenyah harus menyokong beliau untuk menjamin kerajaan Barisan Nasional (BN) meneruskan agenda pembangunan di kawasan Baram.
"BN mengamalkan prinsip pelbagai kaum dalam konsep pencalonan dan PDP diberi amanah mencalonkan yang terbaik sebagai wakil kawasan Baram," ujarnya menurut laporan Utusan Borneo
Jaya turut memberitahu bahawa ada permintaan dan perubahan pada masa akan datang tetapi buat masa ini, calon BN di Baram masih diperuntukkan kepada etnik Kenyak bagi mewakili rakyat Baram. - Sarawakiana
No Comment to " Anyi Ngau Calon Paling Sesuai Pertahan Kerusi Baram "