• Anugerah Media CIDB 2018 tawar hadiah RM90,000

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Pengamal media berpeluang menghantar hasil karya masing-masing untuk dinilai dalam Anugerah Media Pembinaan (AMP) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2018.

    Penganjuran AMP CIDB 2018 itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM90,000 untuk semua kategori bertujuan menghargai sumbangan media dalam penyaluran maklumat berhubung agenda transformasi nasional di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan 2016 - 2020 khususnya berkaitan CIDB, Kementerian Kerja Raya dan agensi di bawahnya.

    Pengurus Kanan Institut Ahkbar Malaysia (MPI), Norlida Jamain berkata, MPI berterima kasih kepada pihak CIDB yang melantik MPI sebagai Sekretariat Penghakiman bagi tahun keempat AMP CIDB serta berharap penyertaan media kali ini mampu memberi cerminan terhadap lonjakan penulisan atau pelaporan berita kepada satu tahap yang lebih baik.

    "Kami mengalu-alukan sebarang bentuk penghargaan kepada kalangan pengamal media sekali gus memberi dorongan kepada mereka untuk melipatgandakan usaha dalam menghasilkan berita eksklusif, tepat dan berinformasi.

    "Mengikut pemerhatian MPI, ada berita terbaik sudah disiarkan dan diterbitkan tetapi tidak menyertai sebarang anugerah yang dianjurkan termasuk AMP CIDB dan ia amatlah merugikan.

    "Justeru saya berharap agar rakan-rakan media menyahut peluang yang diberikan oleh pihak CIDB khususnya dan sentiasa melayari laman web MPI untuk keterangan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Dalam pada itu, Norlida berkata, antara anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Media Cetak, Anugerah Media Elektronik Penyiaran TV dan Online Broadcasting dan Anugerah Foto, memberi peluang kepada karya-karya yang dihasilkan bagi tempoh 31 Julai 2017 hingga 30 Jun 2018.

    "Penyertaan kini sudah dibuka dan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 30 Julai 2018," katanya.

    Subjects:

  • No Comment to " Anugerah Media CIDB 2018 tawar hadiah RM90,000 "