• Antara Kesedaran Dan Hipokrasi

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+
    Perkembangan politik terkini di Sarawak jauh dari jangkaan sebenar yang selama ini terkenal beradab tertib, berhemah tinggi menjauhi dan ekstrim yang boleh menjejas perpaduan antara kaum dan agama negeri ini.

    Perkembangan dunia internet merubah segala-galanya dan kini menyimpan segala perkara yang akan membangkit kegusaran dikalangan masyarakat. Media menjadi sasaran utama pihak yang sukar menerima sumber berita serta perubahan geo politik.

    Sasaran utama adalah rakyat yang mudah terpengaruh sehingga meminggirkan nilai-nilai sensitif dan menghasut minda rakyat untuk menolak kerajaan sedia ada.

    Begitu banyak portal mahupun media mendedahkan artikel berfakta yang menyebar maklumat dan dasar kerajaan tanpa segan silu dibidas dengan cercaan yang tidak melambangkan sikap Sarawak sebenar.

    Bukan bermakna portal mahupun media menyebar dasar kerajaan menyokong kerajaan semata-mata tetapi ia merupakan kewajiban agar rakyat tahu apa yang berfaedah daripada kerajaan. Kesedaran ini sudah semakin terhakis sehingga tidak mampu membezakan fakta ataupun auta sehingga terdedah sikap sebenar melalui komentar yang dibuat.

    Keterbukaan dunia internet menyaksikan perubahan sikap rakyat terhadap penerimaan politik berfakta dan lebih menjurus mempercayai politik fitnah dan hasutan. Ternyata selama ini hipokrasi menyembunyi rasis yang berlaku di kalangan rakyat.

    Sesuatu harus dilakukan agar ia tidak berlarutan dan perpaduan negeri yang selama ini menjadi kebanggaan tidak akan musnah dik kerana politik hasutan dan perkauman yang semakin berleluasa pada masa kini. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Antara Kesedaran Dan Hipokrasi "