• Anjing Kudung Ditetak Pedang Kini Mampu Berlari Semula

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+

    BANGKOK: Seekor anjing di Thailand yang cedera parah akibat dipotong kaki hanya kerana mengunyah sepasang kasut, kini mampu kembali berlari bebas selepas dipasangkan kaki palsu sama seperti yang digunakan pelari Paralimpik.

    Reuters melaporkan, anjing yang bernama Cola itu dtelah ditetak di bahagian kedua-dua kaki hadapannya dengan sebilah pedang kira-kira setahun lalu oleh seorang jiran pemiliknya di Bangkok.

    Yayasan Anjing Soi, iaitu badan kebajikan haiwan di Phuket, telah menghubungi pakar bedah untuk merawat dan memasangkan Cola dengan kaki baharu diperbuat daripada gentian karbon berteknologi tinggi, menyamai material yang digunakan oleh atlet Paralimpik.

    Kini, Cola sudah kembali berlari dengan 'teman-teman'nya.

    Pengasas yayasan berkenaan, John Dalley berkata Cola sekarang ini malah sudah bersedia untuk kembali percaya kepada manusia. - AstroAwani

    Subjects:

  • No Comment to " Anjing Kudung Ditetak Pedang Kini Mampu Berlari Semula "