• Anjing Bijak Senyum Lebar Lepas ‘Makeover’

    Published: Saturday, 2 December 2017
    A- A+

    KINI, terdapat banyak organisasi yang ditubuhkan bagi menyelamatkan haiwan-haiwan peliharaan yang terbiar di jalanan.

    Haiwan juga merupakan ciptaan Tuhan yang wajar disayangi, dan mereka juga ‘pandai’ menghargai kasih sayang manusia terhadapnya!

    Portal Bored Panda telah melaporkan mengenai seekor anjing jalanan diberi nama Holland yang tersenyum manis sepanjang masa selepas ia diselamatkan.

    Anjing betina itu telah ditinggalkan dekat satu kawasan perlindungan terbuka di luar negara yang tidak dapat dipastikan di mana lokasinya.

    Oleh itu, aktivis Trio Animal Foundation telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan Holland dan membawanya ke klinik haiwan untuk diperiksa dengan lanjut.

    Keadaannya ketika itu sangat tidak terurus dan bulunya bagaikan telah digam dan wajah yang sugul.

    Holland telah dibawa ke klinik haiwan dan dirawat dengan baik sekali di sana.

    Pada mulanya, mereka sangat bimbang jika anak anjing tersebut mengalami sebarang penyakit yang serius kerana keadaannya yang tidak terurus.

    Bulu tebalnya yang kusut masai itu telah dibuang dengan penuh berhati-hati oleh doktor yang merawatnya kerana bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini.

    Selepas bulunya selesai dipotong dan dirapikan, mereka berasa sangat gembira kerana Holland tidak mempunyai sebarang penyakit selain daripada kulitnya yang mengalami lebam dan luka kecil.

    Anak anjing itu pada mulanya mengalami kesukaran untuk berjalan namun selepas diberi beberapa jenis ubat, dia sudah boleh kembali berjalan dan berlari.

    Dalam masa yang sama, Holland asyik mengukir senyuman sahaja kerana berasa sangat gembira selepas di-makeover!

    Ya lah, sebelum ni nampak sangat tak terurus. Lihat saja matanya yang bundar dan senyuman lebar tu! Dia seolah-olah tersenyum sebagai tanda terima kasih kepada pasukan penyelamat.

    Di Malaysia juga terdapat beberapa organisasi yang ditubuhkan bagi menyelamatkan haiwan jalanan seperti ini. Malah, haiwan jalanan seperti kucing juga sering diselamatkan.

    Setiap perbuatan baik pasti akan dibalas dengan kebaikan. Semoga sesiapa sahaja yang baik hati menyelamatkan haiwan terbiar akan sentiasa mendapat keberkatan hidup.

    Walaupun haiwan tidak mempunyai akal, namun mereka merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T yang sangat bernilai. Tak salah berbuat baik kepada binatang, pahala pun kita akan dapat. -MYNEWSHUB.CC / AH

    Subjects:

  • No Comment to " Anjing Bijak Senyum Lebar Lepas ‘Makeover’ "