• Angin Kencang Dijangka Landa Beberapa Kawasan

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore, Reef North dan Palawan sehingga esok.

    Angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

    Amaran ribut petir menyeluruh sekitar perairan Selat Melaka Selatan, Reef North, Reef South, Palawan, Sulu dan Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

    Keadaan berkenaan boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot kecil.

    Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amarah ribut petir di perairan Sarawak iaitu sekitar Mukah, Bintulu dan Miri, sementara di pedalaman, pantai barat dan Labuan, Sabah juga dijangkakan ribut hingga awal pagi ini. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Angin Kencang Dijangka Landa Beberapa Kawasan "