• 'Angan-Angan Mat Jenin' Pembangkang Untuk Menang 4 Kerusi Tambahan Di Sarawak

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa di Sarawak, berkemungkinan besar beberapa kerusi yang dimenangi pembangkang sebelum ini bakal dirampas Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Ia berlandaskan kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) termasuk kejayaan merampas beberapa kerusi kuat pembangkang terutama milik Parti Tindakan Demokratik (DAP).

    Memetik laporan Sarawakvoice.com, namun pembangkang negeri ini yang ditunjanggi Pakatan Harapan (PH) Sarawak terlampau yakin mereka mampu meningkatkan bilangan kerusi yang dimenangi.

    Pengerusi PH Sarawak yang juga Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yakin pembangkang mampu memenangi 10 kerusi yang mana tambahan empat kerusi baharu.

    Bagaimanapun beliau tidak menyatakan kerusi yang bakal dimenangi itu dengan Parlimen Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang, Sibu dan Miri menjadi milik mereka.

    "Pengumuman ini dibuat berdasarkan maklum balas daripada akar umbi," katanya.-Sarawakiana









    Subjects:

  • No Comment to " 'Angan-Angan Mat Jenin' Pembangkang Untuk Menang 4 Kerusi Tambahan Di Sarawak "