• Anak Trump, Rakan Niaga Dipanggil Beri Keterangan

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Anak sulung Presiden Donald Trump dan bekas rakan perniagaannya dijangka memberi keterangan kepada Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan minggu ini, ketika ia meneruskan siasatan kemungkinan pembabitan Russia pada pilihan raya 2016.

    Donald Trump Jr dijangka memberi keterangan esok dan Felix Sater, bekas rakan niaga Trump berdarah Amerika-Russia yang mendakwa ada hubungan rapat dengan Moscow, pada Khamis, kata sumber.

    Kedua-dua sesi itu dibuat secara tertutup.

    CNN, sebelum ini yang memetik pelbagai sumber melaporkan, Donald Trump Jr dijangka berbuat demikian esok.

    Panel jawatankuasa itu adalah satu daripada tiga jawatankuasa Kongres utama, selain Pendakwa Raya Khas Jabatan Kehakiman, Robert Mueller, yang menyiasat Russia dan pilihan raya Presiden 2016, dan kemungkinan ada kaitan antara rakan Trump dan Moscow.

    Secara berasingan, Senator Dianne Feinstein, wakil Demokrat dalam Jawatankuasa Perundangan Senat, semalam berkata beliau membuat permohonan kepada tiga orang lagi bagi maklumat berkaitan siasatan dengan Russia.

    Kerajaan Russia menafikan sebarang usaha menjejaskan pilihan raya dan Trump enggan berbincang mengenai sebarang kaitan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Trump, Rakan Niaga Dipanggil Beri Keterangan "