• Anak Setan

    Published: Sunday, 10 December 2017
    A- A+

    Budak lelaki berusia 13 tahun merakam video perbuatannya memenggal ibu sendiri sebelum mencampakkan kepala wanita malang itu ke dalam bekas najis malah pergi ke sekolah keesokannya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

    Pihak berkuasa tempatan di Wenxing, Dazhu, wilayah Sichuan, mengesahkan pembunuhan berlaku manakala Beijing News melaporkan pengguna Internet berkongsi video mengerikan di kumpulan sembang tertutup di Wechat.

    Video itu dilaporkan memaparkan Yuan Dongzhi, 13, memenggal ibunya sebelum mecampakkan kepala mangsa ke dalam baldi yang digunakan untuk membuang najis pada 3 Disember lalu.

    Dia kemudian tidur di sebelah mayat tidak berkepala itu sepanjang malam.

    Kejadian itu disedari selepas rakan ibunya melihat video berkenaan dan membuat laporan polis, lapor Radio Free Asia.

    Penduduk tempatan mendawka polis menangkap Yuan di sekolahnya di Sekolah Menengah WenXing ketika remaja itu mengikuti sesi pembelajaran.

    Jurucakap pihak berkuasa tempatan berkata, pihaknya menanti siasatan polis selesai.

    Jiran Yuan berkata, dia anak tunggal yang tinggal bersama ibu bapa serta datuk dan neneknya.

    Mereka mendakwa Yuan dan mangsa bertengkar selepas ibunya itu enggan memberi wang berjumlah 400 yuan (RM245) dimintanya.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Setan "