• Anak Bunuh, Kerat Badan & Potong Kemaluan Bapa

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+

    Kejam…seorang lelaki berusia 26 tahun telah membunuh bapanya, mengerat mayatnya termasuk memotong kemaluan lelaki itu dan kemudian bergambar swafoto di dalam Facebook.

    Carlton Edmondson, dari Chicago merupakan penulis lirik. Dia telah ditahan atas tuduhan membunuh bapanya yang berusia 61 tahun, Carl Edmondson, di bilik bawah tanah di rumah mereka.

    Jenayah itu terbongkar selepas polis ke rumah berkenaan untuk membuat pemeriksaan kebajikan dan mendapati kepala mangsa di atas lantai manakala darah serta otaknya bertaburan di kawasan berkenaan.

    Sepucuk pisau juga ditemui di tempat berkenaan. Lebih malang kemaluan Carl telah dipotong dengn bahagian yang terpotong itu ditemui di bilik bawah tanah itu.

    Manakala pada 25 November lalu. Carlton telah memuatnaik gambarnya di Facebook yang menunjukkan dia memakai jaket hitam dan putih yang dipenuhi dengan darah.

    Imej berkenaan dikatakan masih berada di media sosial.

    Carl dibunuh hanya selepas lima hari dia memohon perlindungan daripada anak lelakinya susulan perbuatan Carlton yang telah membaling batu ke arah tingkap rumah bapanya.

    Carlton bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin terhadap kesalahan membaling batu itu.

    Susulan pembunuhan yang dilakukan itu, Carlton diarahkan untuk menjalani pemeriksaan mental. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Bunuh, Kerat Badan & Potong Kemaluan Bapa "