• Amaran laut bergelora di timur laut negara

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa perairan di timur laut negara, hari ini hingga esok.

    Kawasan terbabit adalah perairan Tioman, Bunguran, Reef South, Labuan, Palawan, Condore, Reef North dan Layang-Layang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman web METMalaysia pada jam 8.15 pagi ini, angin kencang dijangka mencecah kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 sehingga 4.5 meter.

    Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot kecil, rekreasi laut dan pantai, termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

    METMalaysia juga memberi amaran ribut petir menyeluruh berlaku di perairan Samui, dijangka berterusan sehingga awal petang ini.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Amaran laut bergelora di timur laut negara "