• Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR : Keadaan angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang sehingga Khamis ini.

    Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

    Jabatan Meteorologi dalam laman rasminya, turut memberi amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, timur laut Tioman, utara Bunguran, utara Reef South, Labuan & Palawan juga sehingga Khamis.

    Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora "