• Akhirnya DAP Akui BR1M Bukan Rasuah

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+
    Persoalannya kini, adakah benar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan rasuah daripada kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak .

    Soalan tersebut harus dituju kembali kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

    Sejak dari awal BR1M diwujudkan, pembangkang terutama DAP paling lantang membantah agihan bantuan tersebut dilaksanakan atas alasan BR1M adalah rasuah.

    Di Sarawak Chong mula menyebar isu BR1M dan sehingga kini beliau masih mendakwa BR1M adalah rasuah.

    Namun pada masa sama tidakkan pelik DAP Sarawak berbeza daripada apa yang Chong nyatakan. DAP bertindak menyediakan kaunter untuk mengemaskini BR1M dan hampir seluruh negeri ini DAP sediakan kaunter berkenaan.

    Adakah Chong sudah lupa yang beliau mendakwa BR1M itu rasuah ?

    Ternyata DAP terutama Chong pada hakikatnya menyedari BR1M merupakan bantuan yang benar-benar membantu rakyat tetapi dik kerana kerakusan politik, secara hipokritnya menyatakan BR1M adalah rasuah.

    Chong perlu faham, BR1M merupakan agihan subsidi bersasar di mana rakyat yang selayaknya mendapat subdidi akibat ketirisan subsidi minyak yang hanya menguntungkan orang kaya.

    Pada masa sama bantuan tersebut mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi justeru meningkatkan ekonomi negara dan hasilnya akan dikembali kepada rakyat jua.

    Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pembangkang akan tetap memberi BR1M seperti yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST).

    Kenyataan pucuk pimpinan DAP itu sekaligus bercanggah propaganda yang dilakukan beberapan pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini yang menyifatkan pemberian BR1M kepada rakyat merupakan rasuah.

    “Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan mampu membayar BR1M seperti biasa selepas memansuhkan GST,” katanya Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerusi satu kenyataan media pada Ahad.

    Kini Chong dan DAP perlu menjilat kembali ludah sendiri kerana terpaksa mengakui BR1M bukan rasuah seperti yang dakwa sebelum ini. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Akhirnya DAP Akui BR1M Bukan Rasuah "