• Airbus Bayar Pampasan Kepada Waris Mangsa

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+


    RIO DE JANEIRO – Pengeluar pesawat Airbus, diperintahkan membayar sejumlah 30 juta rega (US$9.15 juta) sebagai pampasan kepada 33 waris mangsa nahas membabitkan satu daripada kapal terbang keluaran syarikat itu.

    Perintah itu dikeluarkan sebuah mahkamah di Brazil. Ini adalah kali pertama Airbus disabitkan bertanggungjawab sebahagiannya dalam nahas kapal terbang untuk kes ganti rugi kewangan, lapor agensi berita Xinhua.

    Pesawat Airbus A320 jatuh ke dalam gudang semasa mendarat berhampiran lapangan terbang Congonhas, di Sao Paulo, pada 2007.

    Nahas yang disifatkan paling dasyat pernah berlaku di Brazil itu, menyaksikan tiada seorang pun penumpang terselamat, dan angka kematian mencecah 199 termasuk orang awam.

    Sepuluh tahun berlalu, tiada siapa yang didapati bersalah dan tiga orang yang dituduh secara rasmi sebelum ini dibebaskan.

    Menurut TAM syarikat yang mengendalikan penerbangan itu, waris daripada 197 keluarga mangsa telah menerima wang pampasan berkenaan. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Airbus Bayar Pampasan Kepada Waris Mangsa "