• AirAsia Diiktiraf 5 Tahun Berturut-Turut Tambang Murah

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: AirAsia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia bagi tahun kelima berturut-turut pada acara kemuncak World Travel Awards (WTA) 2017 di Phu Quoc, Vietnam, Ahad lalu.

    Syarikat penerbangan itu menerima undian tertinggi daripada penggiat dan profesional dalam industri dari seluruh dunia.

    Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, pihaknya juga memenangi anugerah Krew Kabin Syarikat​​​​​ ​​Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia yang julung kali diperkenalkan, mengatasi Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas, kulula, Mango dan fastjet.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya gembira dan berbangga menerima anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia oleh WTA bagi tahun kelima berturut-turut. -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " AirAsia Diiktiraf 5 Tahun Berturut-Turut Tambang Murah "