• Ahli PBB Digesa Tidak Terpengaruh Isu Remeh Di Media Sosial

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Piasau Kaunselor Sardon Zainal menggesa ahlinya agar tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu yang disebarkan dalam media sosial sehingga boleh menggugat perpaduan rakyat Sarawak.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Sardon berkata, isu-isu yang sering dibangkitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab adalah cubaan untuk memecahbelahkan keharmonian rakyat.

    "Saya merasakan terdapat segelintir individu mudah percaya dan terpengaruh dengan isu-isu yang disebarkan dalam media sosial cubaan mengganggu gugat perpaduan rakyat negeri ini.

    “PBB Piasau berharap rakyat Sarawak khasnya di sini tidak mudah keliru dengan ideologi pembangkang yang sengaja mencari jalan menghancurkan kekuatan Sarawak dalam semua aspek,” katanya.

    Sementara itu, dalam perkembangan lain, Sardon berharap kepimpinan tertinggi dalam parti dikekalkan bagi meneruskan agenda pembangunan dan kemajuan negeri.

    “Semua jawatan tertinggi harus dikekalkan bagi membolehkan segala agenda pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat dan parti,” ujarnya - Sarawakiana
  • No Comment to " Ahli PBB Digesa Tidak Terpengaruh Isu Remeh Di Media Sosial "