• Agnes Monica, Chris Brown Digosipkan Bercinta

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+


    PENYANYI Indonesia, Agnes Monica menghadiri parti ulang tahun kelahiran DJ Khaled pada hujung minggu lalu.

    Menerusi entri yang di muat naik di Instagram, Agnes turut menulis ucapan bersempena hari jadi penyanyi lagu I'm The One itu.

    "Selamat ulang tahun @djkhaled," tulisnya pada keterangan foto.

    Lebih menarik, portal hiburan di Amerika Syarikat melaporkan Agnes menghadiri majlis tersebut bersama rapper, Chris Brown.

    Menurut laporan Hollywood Life, mereka berdua datang dan pulang bersama namun memilih untuk bergerak secara berasingan.

    "Sepanjang acara mereka tidak bersama dan masing-masing duduk di kawasan yang gelap, rasanya mereka tak nak bergambar bersama.

    "Sesekali mereka bertemu dan berbual sesuatu, namun tidak nampak kemesraan. Cumanya kami dapat merasakan seperti hubungan mereka lebih daripada teman," kata sumber.

    Terdahulu heboh di laman sosial mengatakan bekas kekasih Rihanna ini sedang menjalinkan hubungan cinta kerana mereka berdua dilihat memuat naik foto di Instagram.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Agnes Monica, Chris Brown Digosipkan Bercinta "