• Agama Tidak Pernah Jadi Isu Di Kalangan Rakyat Sarawak

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menegaskan agama tidak pernah menjadi isu dalam kalangan rakyat Sarawak.

    Memetik laporan Utusan Borneo, walaupun Sarawak mempunyai latar belakang kepercayaan dan kebudayaan yang berbeza, ia bukan penghalang untuk rakyat negeri ini memupuk semangat perpaduan.

    "Kita rakyat Sarawak, sama ada Kristian, Islam, Buddha, Hindu atau yang lain sentiasa memperkuatkan persahabatan dan persaudaraan antara kita kerana kita tahu perpaduan dan kohesif sosial merupakan tiang kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi,”katanya.

    Abang Johari menambah, kerajaan negeri akan terus membenarkan pengunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian dalam kitab dan doa sembahyang.

    "Sebagai Ketua Menteri, saya juga harus melihat kepentingan kaum lain, bukan hanya kaum Melayu. Saya adalah Ketua Menteri Sarawak bukan Ketua Menteri untuk mana-mana kaum tertentu," tegasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Agama Tidak Pernah Jadi Isu Di Kalangan Rakyat Sarawak "