• Adakah DAP Sarawak Kekurangan Pemimpin Muda?

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+
    "Saya tidak mempunyai pilihan selain memegang dua jawatan," kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen ketika mengulas isu wakil rakyat memegang jawatan DUN dan Ahli Parlimen.

    Awal-awal lagi Chong mengakui tidak mampu mengikuti langkah PBB yang tidak mencalonkan ADUN untuk bertanding kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

    Pada tahun 2015, pegawai khas kepada Chong Abdul Aziz Isa pernah mengeluar kenyataan yang mendakwa ramai anak muda menyertai DAP kerana DAP memberi peluang kepada golongan muda menjadi pelapis kepimpinan DAP pada masa hadapan.

    Malangnya Chong hari ini mengeluar kenyataan DAP tidak mempunyai pemimpin yang berkebolehan.

    Adakah memang benar DAP tidak memiliki tenaga baru yang berkebolehan untuk dicalonkan sebagai ahli Parlimen ?

    Bagaimana pula dengan Aziz Isa yang bermati-matian berpolitik untuk DAP selama ini ?

    Tidak cukupkah lagi kebolehan Aziz Isa yang mempunyai pendidikan tinggi dan sering berjumpa rakyat ?

    Bukan setakat Aziz, ramai lagi anak muda DAP yang berkaliber sebagai pemumpin tetapi tidak dinilai oleh DAP Sarawak sendiri.

    Jelas sekali apa yang dijanjikan oleh pemimpin DAP Sarawak tidak seperti yang dinyatakan dan kemungkinan anak muda DAP terpaksa menunggu lagi untuk berpeluang dicalon sebagai wakil rakyat dari DAP. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Adakah DAP Sarawak Kekurangan Pemimpin Muda? "