• Abang Jo Perjuangkan Hak Semua Kaum

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+
    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg acapkali menyatakan yang beliau merupakan ketua menteri kepada semua kaum di Sarawak.

    Memang tidak dinafikan tindakan Abang Jo selepas memegang tampok kepimpinan negeri segala dasar dilaksanakan memberi faedah setiap lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

    Lihat sahaja bagaimana perancangan pembangunan yang dilaksanakan, peruntukkan sebanyak RM1.5 bilion dari kerajaan negeri dan pusat untuk meningkat data internet yang berfungsi memudahkan masyarakat luar bandar untuk terlibat sepenuhnya dalam ekonomi digital.

    Pada masa sama jalanraya terus dibina agar luar bandar dapat berhubung ke seluruh destinasi negeri ini. Bekalan air dan elektrik dilaksanakan mengikut kesesuaian lokasi walaupun jauh di pendalaman.

    Perìhal tanah NCR, Abang Jo bertindak rasional dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang akan berbincang bersama masyarakat dayak bagi mencari definisi holistik berkaitan ncr.

    Malah akta tanah ncr akan diusul di DUN pada mei depan dan dipinda jika laporan daripada jawatankuasa berkenaan bersifat holistik.

    Jadi pada hakikatnya setiap dasar yang di laksanakan BN Sarawak menjurus kepada kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum tanpa pilih kasih dan terus berkhidmat untuk rakyat selagi BN Sarawak memerintah negeri ini. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Abang Jo Perjuangkan Hak Semua Kaum "