• Abang Jo Mahu SUPP Rampas Kembali Kerusi Kalah

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+

    Disebalik prestasi kurang memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tetap mendapat sokongan padu daripada kepimpinan Barisan Nasional (BN) Negeri untuk melakar kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, tidak guna untuk melayan pertelingkahan dalaman sebaliknya ahli SUPP perlu bersatu.

    "Kita akan menyokong SUPP dan tidak berlaku perbalahan. Rakyat akan kembali kepada SUPP," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Menurutnya, parti yang mempunyai perjuangan sama dengan SUPP perlu kembali dengan parti komponen tersebut.

    "Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pernah merasai pengalaman ini. Ini adalah politik, ada masa beberapa pemimpin akan keluar parti tetapi kembli.

    "Jadi kembalilah jika ada mempunyai hati untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya mementingkan diri," ujarnya yang juga Presiden PBB.

    Abang Johari menjelaskan, SUPP di bawah payung BN perlu merampas kembali kerusi parlimen yang disandang pembangkang.

    "Saya berharap SUPP akan melakukan yang terbaik, kita mesti mendapat kembali kerusi ini," jelasnya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Abang Jo Mahu SUPP Rampas Kembali Kerusi Kalah "