• 66 Penduduk Kampung Lubok Meranti Di Pindahkan Hari Ini

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+
    SEBUYAU: Seramai 66 penduduk dari 17 keluarga dari Kampung Lubok Meranti di sini di pindahkan berikutan kebanyakan rumah telah dinaiki air.

    Kesemua mangsa dibawa ke pusat pemindahan Dewan Kampung Lutong Sebagan dekat sini.

    Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, dari jumlah itu seramai tiga bayi, seorang wanita kelainan upaya dan seramai 16 orang warga emas kini berada di pusat pemindahan tersebut.

    Sementara itu, menerusi satu kenyataan semalam, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata semua Bilik Operasi Bencana telah diaktifkan, susulan pengeluaran notis amaran cuaca buruk dan waspada oleh Jabatan Meteorologi yang dijangka berterusan sehingga Rabu.

    Kawasan dalam notis amaran 'waspada' berikutan cuaca buruk adalah Bahagian Limbang dan Miri, manakala Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Sibu dan Bintulu.

    JPBN Sarawak memaklum kesiapsiagaannya untuk menghadapi kemungkinan berlaku bencana hujan lebat serta angin kencang yang melanda negeri ini.

    Bilik Gerakan Negeri boleh dihubungi menerusi talian 082-443991/446991, nombor faksimili 082-442730 dan e-mel jpbn@sarawak.gov.my. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 66 Penduduk Kampung Lubok Meranti Di Pindahkan Hari Ini "