• 6 Mayat Tergantung Di Jambatan Mexico

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    LA PAZ, MEXICO: Enam mayat ditemui tergantung di jambatan di Baja California, sebuah wilayah yang terkenal di Mexico dengan pantai indah dan sering menjadi tumpuan pelancong asing.

    Mayat itu ditemui di sepanjang lebuh raya menuju ke lapangan terbang antarabangsa di La Paz, San Jose del Cabo dan Cabo San Lucas, kawasan resort Pasifik, yang cukup popular dalam kalangan rakyat Amerika, Kanada dan Eropah.

    Difahamkan, dua mayat digantung di tiga jambatan, kata pendakwa tempatan dan setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti identiti mangsa.

    Sejumlah 409 orang dibunuh di kawasan itu dari Januari hingga Oktober, lebih dua kali ganda berbanding 2016.

    Kawasan itu juga sering menyaksikan pertempuran antara kumpulan dadah yang berebut laluan dan kawasan bagi memasarkan dadah.

    Lebih 196,000 orang terbunuh di Mexico sejak akhir 2006 apabila kerajaan persekutuan melancarkan operasi antidadah yang diketuai pasukan tentera penggempur kontroversi. - AFP/BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " 6 Mayat Tergantung Di Jambatan Mexico "