• 56 Penduduk Palestin Cedera Ditembak Israel

    Reporter: Yusz Man
    Published: Saturday, 30 December 2017
    A- A+


    BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 56 penduduk Palestin, cedera terkena tembakan tentera Israel di Tebing Barat dan Gaza, hari ini.

    Tentera Israel turut menyerang Semenanjung Gaza menggunakan kereta kebal dan serangan udara selepas roket dari wilayah terkepung itu menyasar selatan kawasan Zionis, kata sumber tentera dan Palestin.

    Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra, berkata Tentera Israel melepaskan tembakan di beberapa bahagian wilayah tepi pantai itu, mencederakan 40 orang dengan empat daripadanya parah.

    Tentera Israel berkata, 2,000 penunjuk perasaan membaling batu dan bom api ke arah anggotanya di sempadan dengan wilayah Palestin.

    Di jajahan Tebing Barat, Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 16 orang cedera apabila tentera Israel melepaskan lima tembakan peluru hidup ketika bantahan, sementara yang lain terkena peluru getah.

    Tentera Israel berkata, kira-kira 500 penunjuk perasaan membakar tayar dan membaling bom api serta batu ke arah anggotanya di 30 kawasan berbeza di Tebing Barat.

    Israel turut melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza selepas pejuang Palestin melepaskan tiga roket di selatan Israel, dua daripadanya dipintas sistem pertahanan udara ‘Iron Dome’.

    Polis berkata, roket ketiga mengenai sebuah struktur berhampiran Gaza menyebabkan kerosakan, namun tiada kematian. – AFP/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " 56 Penduduk Palestin Cedera Ditembak Israel "