• 5 Seruan Penentu Kemenangan PRU-14

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menggariskan lima seruan dan semboyan perang yang akan menjadi penentu kepada kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Lima seruan dan semboyan berkenaan ialah:

    1. Bergerak sebagai satu pasukan - memastikan kemenangan besar tanpa teragak, jemaah yang kukuh dan ketumbukan jitu.

    2. Bergerak dengan penuh keyakinan parti berada di landasan yang benar lagi betul.

    3. Bertindak dengan pantas, selesaikan cabaran akan dihadapi secara syura dan kekeluargaan.

    4. Bertempur dan bertarung dalam alam siber dan dunia digital sebagai pejuang siber.

    5. Bertarung dengan semangat juang dan tekad yang tinggi bahawa kita telah berbuat sehabis baik, berusaha dan merancang semampu mungkin, lalu berserah bulat sambil bertawakal kepada Allah SWT.

    Sehubungan itu, Najib berkata misi semua ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) ialah satu iaitu mengekalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pilihan utama rakyat.

    Katanya, rakyat kini mempunyai pilihan untuk menentukan hala tuju hidup peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.

    Beliau berkata, mahu tidak mahu, ahli dan jentera parti mesti menawan dan meyakinkan hati rakyat kerana sudah tiba masa bagi mereka menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk membuat keputusan mutlak sebagai hakim kepada pilihan raya kali ini. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " 5 Seruan Penentu Kemenangan PRU-14 "