• 5 Selamat Kenderaan Jatuh Gaung Di Jalan Song-Kanowit

    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+


    SONG: Lima individu terselamat selepas kenderaan yang mereka naiki jatuh gaung pada kedalam kira-kira 100 meter di Jalan Song-Kanowit di sini malam tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam, sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki 5 orang yang dipercayai dalam perjalanan dari Song ke Kanowit tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas jatuh ke dalam gaung.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, laluan menuju ke lokasi kejadian hanya menggunakan jalan tanah di kawasan kelapa sawit yang berliku.

    Menurutnya, ketika pihak Bomba tiba di lokasi kesemua mangsa 5 orang telah berjaya keluar sendiri daripada kenderaan terbabit.

    “3 orang daripadanya berjaya naik ke atas laluan jalan raya namun, 2 orang lagi masih berada di bawah gaung kerana menghadapi kesukaran untuk naik tebingan yang curam serta mengalami kaki terseliuh,” katanya

    Beliau berkata, pasukan Bomba menggunakan tali penyelamat serta 'Body Harness' bagi membawa 2 orang mangsa untuk naik ke atas.

    Kesemua mangsa berjaya diselamatkan seterusnya dibawa ke klinik oleh ahli keluarga dan kakitangan klinik Song yang turut hadir ditempat kejadian.- Sarawakiana
  • No Comment to " 5 Selamat Kenderaan Jatuh Gaung Di Jalan Song-Kanowit "