• 5 Maut Kebakaran Pusat Jagaan Orang Tua Di Kajang

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR — Lima individu maut dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua di Sungai Long, Kajang awal pagi ini.

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 5 pagi dan mengerahkan 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Bangi ke tempat kejadian.

    “Kebakaran berkenaan membabitkan banglo dua tingkat yang dijadikan pusat jagaan orang tua, “ katanya ketika dihubungi Bernama.

    Butiran tentang kejadian dan jumlah mangsa terlibat belum diketahui.

    Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dijadual mengadakan sidang media tentang kejadian itu. — BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 5 Maut Kebakaran Pusat Jagaan Orang Tua Di Kajang "