• 5 Jawatan Tertinggi SUPP Tidak Dipertandingkan

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian mengesahkan tiada pertandingan melibatkan lima jawatan tertinggi parti tersebut.

    Beliau berkata, sekteriat pusat tidak menerima lebih daripada lima borang pencalonan yang ditutup 4 petang semalam.

    "Kita tidak menerima lebih nama, jadi tiada pertandingan untuk lima jawatan tertinggi.

    "Tetapi kita akan memberitahu butiran lanjut hari ini semasa pemilihan," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Lima jawatan tertinggi tersebut merangkumi presiden, setiausaha agung, dua jawatan timbalan presiden dan bendahari.

    Keseluruhan 517 delegasi dari seluruh negeri ini dijangka terlibat dengan pemilihan Jawatankuasa Pusat (CC) pada Persidangan Delegasi Tri Tahunan SUPP hari ini.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 5 Jawatan Tertinggi SUPP Tidak Dipertandingkan "