• 5 Calon Berpotensi Ganti Dawos Di Parlimen Puncak Borneo

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    Bahang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kian dirasai dengan beberapa nama kini mula disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN).

    Perkara sama turut berlaku melibatkan kawasan Parlimen Puncak Borneo apabila lima calon berpotensi sudah mula mengorak langkah dan mencuba nasib untuk menggantikan Datuk Seri James Dawos Mamit.

    Atas faktor kesihatan, Dawos yang juga Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air difahamkan tidak akan bertanding.

    Calon yang berpotensi mempunyai pelbagai latar belakang dan kelayakan akademik.

    Memetik laporan Sarawakvoice, calon tersebut termasuk Timbalan Residen Kuching Tuah Sani, Pegawai Khas Dawos, Datuk Detta Samen, Timbalan Pengarah Unit Keselamatan di Pejabat Ketua Menteri Datuk Clarence Rorote, Wejok Tumek dan Setiausaha Sulit Dawos, Siang Prede.

    Tiga calon merangkumi Detta, Siang dan Tuah dilihat aktif melobi ketika ini dan hadir pada setiap majlis keramaian anjuran parti atau kerajaan.

    Pada pilihan raya umum (PRU) lalu, Dawos mendapat majoriti 9,721, mengalahkan Willie Mongin (PKR) dan Dripin Sakoi (Star).

    Calon Barisan Nasional dijangka akan ditentang calon PKR, Willie dan PBDS baharu, Andrew Puro, iaitu bekas pengurus bank Siburan.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 5 Calon Berpotensi Ganti Dawos Di Parlimen Puncak Borneo "