• 425,251 calon ambil pelaporan PBS Tingkatan Tiga

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Seramai 425,251 calon akan mengambil pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan Tiga 2017, di sekolah masing-masing di seluruh negara hari ini.

    Tiada pengumuman secara berpusat dibuat dan keputusan pelaporan berkenaan boleh didapati di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi ini.

    Pelaksanaan PBS diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilaksanakan sejak 1993.

    Menerusi PBS, pelajar dinilai berdasarkan empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan pelajar.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 425,251 calon ambil pelaporan PBS Tingkatan Tiga "