• 4 Bangla Kuasai KLIA

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Empat sindiket utama dari Dhaka, Bangladesh diketuai individu dikenali sebagai Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom dipercayai paling aktif menyeludup migran melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 2010.

    Malah mereka ini dianggap Raja KLIA kerana dipercayai turut menguasai urusan imigresen dan boleh dikatakan mengenali setiap pegawai serta anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas di pintu masuk utama negara itu.

    Keempat-empat dalang utama ini saling mengenali antara satu sama lain termasuk juga ejen mereka yang berada di Malaysia.

    Namun masing-masing hanya menjalankan kegiatan mereka tanpa mengganggu yang lain.

    Sumber memberitahu, sindiket penyeludupan migran ini terutama membabitkan warga Bangladesh di KLIA sudah bertapak agak lama.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 4 Bangla Kuasai KLIA "