• 33 Individu Dipenjara 15 Tahun Akibat Jenayah Siber Di China

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    CHINA menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas 33 individu bersabit kesalahan penipuan atas talian.

    Seramai 13 tertuduh adalah warganegara Taiwan yang diekstradisi dari Kenya.

    Dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan Mahkamah Beijing, kesemua tertuduh dikenakan hukuman beserta denda yang tidak dinyatakan jumlahnya.

    Dua tahun kebelakangan ini beberapa negara seperti Kenya, Sepanyol, Vietnam dan Kemboja telah mengekstradisi warga Taiwan ke China yang terlibat secara langsung dalam kes penipuan atas talian.

    Taiwan bagaimanapun menyifatkan tindakan negara terlibat mengekstradisi rakyatnya ke China sebagai satu pencabulan kedaulatan negara itu.

    Dalam kenyataan yang dibuat Taipei, Beijing didakwa sengaja menculik rakyatnya susulan isu kedaulatan kedua-dua negara.

    China telah mempertahankan keputusannya dengan menyatakan jenayah siber yang dilakukan turut melibatkan kes di Beijing. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " 33 Individu Dipenjara 15 Tahun Akibat Jenayah Siber Di China "