• 32 pelancong Indonesia nyaris maut bas terbakar

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+


    BATU PAHAT: Seramai 32 pelancong Indonesia nyaris maut apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbakar di Kilometer 99.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara, berhampiran Yong Peng, dekat sini, hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu, bas berkenaan dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur sebelum dipercayai mengalami masalah teknikal.

    Pemandu kemudian memberhentikan kenderaan itu di lorong kecemasan.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Mohd Asroy Mohd Yahaya, berkata dua anggota dari BBP Ayer Hitam serta empat dari Yong Peng dihantar ke lokasi kejadian.

    Katanya, kebakaran berjaya dikawal 15 minit selepas pasukan bomba di lokasi.

    "Semua 32 pelancong Indonesia bas berkenaan serta pemandu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    "Bagaimanapun bas persiaran dua tingkat berkenaan musnah sepenuhnya. Setakat ini, punca kebakaran masih disiasat," katanya.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 32 pelancong Indonesia nyaris maut bas terbakar "