• 3 wanita warga asing mengaku salah terlibat kes bomoh tipu, dipenjara 15 bulan

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+
    KUCHING 19 Dis. - Dua wanita warga China dan seorang Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas kesalahan terlibat menipu seorang wanita tempatan dalam kes penipuan bomoh pada 11 November lalu.

    Seorang lagi rakan lelaki mereka yang dipercayai dalang utama penipuan bomoh Cina mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

    Majistret Zubaidah Sharkawi memutuskan ketiga tertuduh iaitu Li Ruiwen, 50, dan Li Jirong, 39, dan Agustini, 27, dijatuhi hukuman penjara selama 15 bulan bermula hari ini.

    Majistret menetapkan tarikh sebutan semula kes tertuduh lelaki, Fery, 43, pada 23 Januari tahun depan dan 8 Februari bagi perbicaraan.

    Fery dikenakan reman dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan.

    Kesemua tertuduh didakwa menipu wanita tempatan berusia 58 tahun hingga menyerahkan wang berjumlah RM5,091.94, tiga bentuk cincin emas, sepasang anting-anting dan seutas rantai bersama empat loket di Bazar Siburan di sini pada 11 Disember lalu.

    Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 34 akta sama.

    Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Rogayah Rosli meminta agar barang kes dipulangkan kepada mangsa dan ketiga tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal.

    Kesemua tertuduh tidak diwakili peguambela. - UTUSAN ONLINE



  • No Comment to " 3 wanita warga asing mengaku salah terlibat kes bomoh tipu, dipenjara 15 bulan "