• 3 Beranak Cemas, Kenderaan Dinaiki Jatuh Gaung

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    SIBU: Tiga sekeluarga berdepan detik cemas selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Batu 14, Jalan Oya di sini lewat awal pagi ini.

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

    Menurutnya, kenderaan berkenaan dipandu seorang pegawai bomba, Zachary Surang Jau, bersama isteri dan seorang anaknya.

    "Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter.

    "Namun, semua mangsa tidak mengalami kecederaan dan berjaya keluar daripada kenderaan itu sebelum pasukan bomba tiba di situ," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE
  • No Comment to " 3 Beranak Cemas, Kenderaan Dinaiki Jatuh Gaung "