• 24 Sen 'Bayaran' Dicabul

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    JAKARTA: Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun di Jagakarsa, Jakarta selatan mendakwa dicabul oleh seorang lelaki yang memberikannya Rp 800 (24 sen).

    Mangsa dilaporkan sedang bermain dengan sepupunya apabila suspek yang dikenali sebagai AWS, 40, meminta mangsa ke rumahnya berhampiran.

    "Suspek kemudian menanggalkan pakaian mangsa sebelum mencabulnya," menurut ketua unit jenayah Polis Jakarta Selatan, Pesuruhjaya Kanan Bismo Teguh Prakoso dipetik sebagai berkata oleh tempo.co.

    Suspek kemudian dilaporkan memberikan mangsa tiga duit syiling iaitu Rp500, Rp200 dan Rp100.

    Dia memberi amaran kepada mangsa supaya merahsiakan perkara itu.

    Tambah Bismo, polis bagaimanapun menahan AWS selepas ibu mangsa membuat laporan berhubung insiden. – The Jakarta Post/Asia News Network

    Subjects:

  • No Comment to " 24 Sen 'Bayaran' Dicabul "