• 234,250 Lampin Pakai Buang Tiruan Dirampas

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan dan Kedah merampas kira-kira 234,250 lampin pakai buang tiruan dalam serbuan semalam.

    Di Kota Bharu, KPDNKK negeri merampas 169,250 unit lampin pakai buang tiruan dalam tiga serbuan di Rantau Panjang dan Wakaf Bharu, Tumpat.

    Dalam serbuan pada jam 10 pagi hingga 4 pagi itu, rampasan bernilai RM73,112 itu dibuat selepas menerima aduan daripada pemilik Cap Dagangan 'POPODRY', Max Global Enterprise berhubung penjualan lampin pakai buang yang menggunakan dagangan palsu milik syarikat itu.

    Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun, berkata anggotanya menjalankan operasi di dua premis di kawasan Rantau Panjang sebelum merampas 13,250 unit lampin pakai buang jenama POPO bernilai RM5,957.

    Beliau berkata, susulan daripada serbuan di dua premis itu, pihaknya menerima maklumat baharu berhubung stor simpanan lampin pakai buang yang beralamat di Wakaf Bharu.

    "Selepas risikan dibuat, stor berkenaan digeledah dan kita merampas 156,000 unit lampin pakai buang yang menggunakan dagangan palsu.

    "Hasil siasatan, semua barangan itu dipercayai dibekalkan dari sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah," katanya dalam sidang media selepas Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), di sini, hari ini.

    a pengadu iaitu pemilik jenama mengenai kegiatan kilang berkenaan yang menghasilkan jenama lampin pakai buang berkenaan.

    "Hasil siasatan mendapati kilang yang sudah beroperasi sejak 24 tahun itu mula menjalankan perniagaan menghasilkan lampin pakai buang sejak dua tahun lalu dan dipasarkan di Rantau Panjang, Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

    Mazlan berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menggunakan, membekalkan, menawarkan atau mendedahkan perihal dagangan palsu.

    "Jika orang itu adalah suatu pertubuhan perbadanan, akan didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang diletakkan dengan perihal dagangan palsu.

    "Manakala, jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan dengan perihal dagangan palsu," katanya. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 234,250 Lampin Pakai Buang Tiruan Dirampas "