• 23 Projek RTP Dilaksanakan Di DUN Saribas Pada 2017 - Razi

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+
    KUCHING: Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diperkenal kerajaan Sarawak banyak memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan perubahan pembangunan kawasan.

    ADUN Saribas Razi Sitam berkata, RTP sangat membantu menyelesaikan masalah infrastruktur berskala kecil di mana wakil rakyat Barisan Nasional diperuntuk RM5 juta setahun untuk melaksanakan segala masalah tersebut.

    "Pada tahun 2017, DUN Saribas melaksanakan 23 projek dan semuanya sudah siap.

    "Namun terdapat projek yang akan disambung pelaksanaannya pada tahun hadapan," katanya.

    Menurut Razi, pada tahun 2018, DUN Saribas juga mendapat kelulusan sebanyak 21 projek di bawah RTP.

    "Antara projek tersebut adalah melaksanakan infrastruktur asas seperti jalan kampung, baikpulih ban, parit, dan jalan kebun.

    "Turut termasuk ialah pembinaan atau baikpulih dewan serbaguna, kemudahan sukan dan baikpulih rumah ibadat," katanya ketika dihubungi Sarawakiana.

    Jelasnya, walaupun jumlah RTP hanya RM5 juta setahun tetapi ia akan diteruskan setiap tahun.

    "Maka banyaklah masalah kecil di setiap kampung dapat diselesaikan.

    "Polisi kerajaan negeri seperti sangat dihargai dan rakyat kawasan dapat menikmati pembangunan yang begitu banyak memberi manfaat," tambahnya lagi.

    Kerajaan Negeri Sarawak menyalurkan peruntukan sebanyak RM5 juta setiap tahun kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi melaksanakan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk menyelesaikan permasalahan rakyat yang berkaitan dengan kemudahan asas.- Sarawakiana
  • No Comment to " 23 Projek RTP Dilaksanakan Di DUN Saribas Pada 2017 - Razi "