• 23 Korban Serangan Udara Tentera Antarabangsa

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    BEIRUT: Serangan udara pasukan antarabangsa diketuai Amerika Syarikat mengorbankan 23 penduduk awam di wilayah Deir Ezzor semalam, kata pasukan pemerhati.

    "Sekurang-kurangnya 23 penduduk awam, antaranya lapan kanak-kanak dan enam wanita, maut semalam susulan serangan udara dilancarkan pasukan tentera diketuai AS, yang menyasarkan kampung dikuasai militan Daesh di tebing timur Sungai Furat," kata Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) yang beribu pejabat di Britain.

    SOHR, yang mengumpulkan laporan saksi, berkata mangsa bersembunyi dalam rumah dan daripada keluarga sama.

    Tentera diketuai AS kini berperang untuk menawan wilayah terakhir dikuasai Daesh di kawasan itu dan kelmarin, menawan kampung bersebelahan dengan sasaran serangan.

    Pasukan antarabangsa tidak memberi sebarang ulasan berhubung kejadian itu.

    Awal semalam, jurucakap pakatan berkata anggota militia yang dibantu tenteranya menawan wilayah sepanjang enam kilometer di tebing timur Sungai Furat.

    "Daesh masih lemah tetapi masih menjadi ancaman, pengganas bersembunyi di Lembah Pertengahan Sungai Furat," kata jurucakap pakatan, Ryan Dillon, dalam Twitter. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 23 Korban Serangan Udara Tentera Antarabangsa "