• 2,000 Senjata Api Haram Brazil Dilupus

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    RIO DE JANEIRO: Bagi elak jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab, pihak tentera Brazil bertindak melupuskan lebih 2,000 senjata api haram pada Rabu.

    Senjata api yang dimusnahkan itu adalah sebahagian daripada hasil rampasan dalam operasi dan siasatan jenayah oleh polis negara itu.

    Sebahagian kecilnya pula diserahkan secara sukarela oleh orang awam yang memilikinya secara tidak sah atau tanpa lesen.

    Menurut Ketua tentera bagi pemeriksaan produk terkawal Brazil, Leftenan Kolonel Alexandre de Almeida, kesedaran orang awam ini disifatkan sebagai kejayaan awal kempen pelucutan senjata oleh kerajaan negara itu.

    “Tindakan ini adalah satu contoh terbaik bagi meningkatkan keselamatan awam di bandar ini,” ujar de Almeida.

    Bagaimanapun pakar keselamatan yang juga Pengarah kajian Institut Igarape, Robert Mugah menganggap jumlah senjata yang dilupuskan itu terlalu kecil berbanding jumlah sebenar senjata haram yang masih ada dalam simpanan pihak berkuasa.

    “Sekiranya senjata-senjata ini tidak disimpan dan dijaga secara selamat dan membawa risiko sekiranya lolos ke tangan masyarakat, dicuri atau hilang,” tegas Mugah.

    Tahun ini sahaja polis Rio de Janeiro telah merampas lebih 400 senjata api kaliber tinggi haram dengan lebih 80 peratus daripadanya adalah produk buatan luar Brazil.

    Kadar jenayah melibatkan senjata api di negara tuan rumah Olimpik 2016 itu amat membimbangkan malah turut digunakan terhadap mangsa dalam jenayah ringan. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " 2,000 Senjata Api Haram Brazil Dilupus "