• 200 Jemaah Masjid Kapitan Keling Berdemo Bantah Keputusan Trump

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    GEORGE TOWN - Lebih 200 jemaah Masjid Kapitan Keling di sini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebentar tadi.

    Mereka berkumpul di luar pekarangan masjid berkenaan selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2.15 petang.

    Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd. Rashid Hasnon bersama beberapa wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), rakyat Palestin yang tinggal di negeri ini dan ahli politik.

    Mereka membantah sekeras-kerasnya keputusan Trump dan memperjuangkan keamanan rakyat Palestin di negara terbabit. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " 200 Jemaah Masjid Kapitan Keling Berdemo Bantah Keputusan Trump "