• 20 Tahun Rakam Kehidupan Puak Navajo

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    LONDON – Seorang lelaki menghabiskan masa selama 20 tahun melakukan pemerhatian mengenai kehidupan puak orang asli Navajo di benua Amerika Utara serta berjaya merakam lebih 40,000 imej daripada 80 puak berbeza.

    Edward S. Curtis dibayar sebanyak AS$75,000 (RM306,000) oleh firma kewangan, J.P. Morgan bagi membuat dokumentasi mengenai kehidupan kaum orang asli tersebut termasuk peristiwa yang berlaku antara tahun 1904 hingga 1905.

    Antara gambar berusia lebih 100 tahun yang berjaya dikumpulkan Curtis menunjukkan ritual perubatan puak orang asli Navajo memakai topeng dewa yang menakutkan pada awal abad ke-20.

    Imej-imej itu merupakan sebahagian daripada ritual Nyanyian Malam Navajo, satu upacara bagi melibatkan lelaki bertopeng yang berpakaian seperti dewa mengikut kepercayaan mereka.

    Ritual itu memakan masa sembilan hari dan seorang pesakit yang biasanya dalam keadaan berpeluh akan didatangi beberapa figura bertopeng bagi mengubatinya. 
– Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " 20 Tahun Rakam Kehidupan Puak Navajo "